AKHIRNYA… TEKA-TEKI TERJAWAB…NEELOFA MENGAKU DICABAR FAZURA..

Dihambat kontroversi silih berganti, Noor Neelofa mengaku berdepan saingan sengit Nur Fazura dan Farah Nabilah sebelum dirinya diumumkan memenangi trofi tertinggi pada anugerah pilihan peminat, malam tadi. Neelofa menyifatkan persaingan rakan artis lain adalah suatu realiti yang perlu dihadapi sebagai anak seni.

“Persaingan adalah satu realiti… Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (tadi), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama.

“Farah Nabilah juga ada kelebihan daripada segi undian dan bakatnya dalam lakonan sehingga meraih perhatian ramai. “Bukan bermaksud saya tidak yakin dengan diri sendiri, sebaliknya, siapa pesaing saya dan kelebihan yang mereka ada,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya Anugerah Meletop Era (AME) 2018 di sini, malam tadi.

Pada acara itu, Fazura diumumkan sebagai Bintang Filem Meletop dan dianggap antara pesaing merebut anugerah utama, Top Top Meletop bagi kategori wanita yang dimenangi Neelofa. Farah Nabilah yang meraih trofi Artis Baharu Meletop pula dilihat mampu mengungguli trofi utama AME 2018 kerana perbezaan undian antara mereka tipis.

 

Selain trofi utama, Neelofa memenangi anugerah Fesyen Meletop dan Pelakon Televisyen (TV) Meletop. Menyedari kecaman diterima membuatkan peminat lebih kuat menyokongnya, Neelofa menganggap publisiti buruk ke atas dirinya perlu dilihat daripada sudut positif.

“Dengan kecaman inilah membuatkan peminat berdiri teguh di belakang dan membawa saya kekal bersama mereka. Mereka juga terus bekerja keras demi kerjaya saya.

“Saya tak boleh menutup mulut orang daripada terus mengata. Apa yang saya boleh buat adalah kuat kan hati dan berusaha demi kerjaya seni dan perniagaan saya supaya menjadi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, anugerah Top Top Meletop bagi kategori lelaki dimenangi penyanyi, Khai Bahar, 24. Khai turut memenangi kategori Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop. Khai tidak menyangka mencapai kejayaan besar, malam tadi.

“Sesuatu yang saya tak jangka… Saya anggap ini kemenangan peminat kerana mereka yang bekerja keras mengundi saya untuk meraih trofi. “Tahun lalu, saya menang trofi Artis Baharu Meletop, selepas ini sasaran saya hendak meraih anugerah terbaik pula.

“Kemenangan ini atas usaha peminat Indonesia yang memainkan peranan mewujudkan akaun khas yang dikendalikan peminat di Malaysia untuk mengundi saya,” kata nya

sumber http://apacelita.win

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*