APA LAH NASIB ISTERI DAN ANAK-ANAK NANTI … IMAM DR FADI MAUT DITEMBAK TINGGALLAH KELUARGA DI RANTAUAN (8GAMBAR)

Ahli keluarga merayu untuk tatapan terakhir|Keluarga Imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke Gaza, Palestin untuk dikebumikan.

Pengurus besar Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), Dr Mahmoud Shakfa berkata, selepas kali terakhir bertemu Fadi tujuh tahun lalu, keluarga nya ber pesan supaya membawa pulang jenazah nya untuk tatapan buat kali terakhir.

“Ayah kepada Fadi menghubungi kami, merayu supaya jenazah nya dibawa pulang ke tempat kelahiran nya di Jabalia.

“Seluruh keluarga nya terutama ibu dan adik beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

“Usaha kini sedang dijalan kan dengan kerjasama dari pihak kedutaan Palestin, Mesir dan Malaysia untuk urusan logistik membawa jenazah ke Gaza, mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari,” kata nya kepada pemberita di Hospital Selayang, hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Dr Mohd Zin Kandar berkata, pihak nya berharap urusan membawa pulang jenazah Fadi dapat dipermudahkan.

“Demi kemanusiaan, kami berharap supaya kerajaan Mesir tidak meng halang usaha untuk membawa nya pulang, jangan nafikan hak keluarga nya untuk menatap buat kali terakhir jenazah Fadi.

“Berdasar kan penga laman, laluan paling segera untuk ke Gaza adalah melalui Rafah, sempadan Mesir dan Palestin, harapan kami semua pihak yang berkaitan dapat memberi kerjasama penuh,” kata nya.

Sementara itu, keadaan di perkarangan bilik mayat Hospital Selayang dipenuhi sahabat dan komuniti Palestin yang ingin melihat jenazah Fadi buat kali terakhir.

Selain itu, kakitangan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) turut berada di hospital bagi membantu mengurus kan jenazah.

sumber langit kelabu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*