Saya Tak Boleh Pegang Menteri Pelajaran” – Luahan Hati Tun Mahathir Ini Buat Netizen Sebak!

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan akan melepaskan portfolio menteri pelajaran.

Dalam hantaran video Facebook berjudul “The Education Minister issue, this is Mahathir’s response”, perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Itu peruntukan dalam manifesto berkenaan. Saya tidak boleh mungkir janji itu melainkan terdapat tuntutan saya mengambil portfolio menteri pelajaran,” kata Mahathir.

Mengulas soalan jika beliau akan mengambil portfolio berkenaan, belia menjawab, “saya tidak boleh.”

Ditanya jika beliau secara peribadi mahu memegang portfolio berkenaan, beliau berkata,”saya memang mahu. Kalau tidak, kenapalah saya memilih portfolio itu.”

Beliau juga tidak akan memberi jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri dr Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau sudah memiliki portfolionya. Wan Azizah turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manifesto HARAPAN PRU14 jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kabinet lain, khususnya menteri kewangan.

DR M PAKAI SELIPAR ‘BATA’ JADI PERHATIAN NETIZAN. INI RESPOND DARI PIHAK BATA SENDIRI

Gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang duduk di kerusi dengan berkaki ayam disamping sepasang selipar berada di sebelah kakinya menjadi tular.

Gambar kongsian melalui Facebook story azranshah itu menjadi kajian dengan jenama selipar Tun M hangat diperkatakan.

Jelas kelihatan selipar disamping kaki Tun adalah berjenama Bata.
Secara sengaja atau tidak menerusi laman Facebook Bata mengeluarkan semula selipar berkenaan dengan muat naik gambar selipar dan tulisan berbunyi ” Ramadan 2018, barang panas seperti yang dipakai oleh Tun M, boleh didapati di Kedai Bata terdekat atau membeli secara atas talian.”

Selain itu seorang pengguna telah bertanyakan apakah gambar selipar berkenaan sama seperti yang dipakai Tun M dan pihak Bata menjawab ya.

“Ini adalah selipar keluaran Bata yang sudah berada di pasaran lebih 20 tahun. Dan hari ini pengguna laman sosial telah berkongsi gambar Tun memakainya. Bata yakin ini adalah selipar berkenaan”.

Tun M adalah Perdana Menteri ke-7 Malaysia setelah gabungan Parti Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Pada 9 Mei lalu.

Respond pihak Bata

JENAMA selipar keluaran Bata, yang sudah berada di pasaran sejak 20 tahun lalu, tiba-tiba menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Ia gara-gara selipar berharga RM12 itu digayakan oleh pemimpin nombor satu negara iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaharu, gambar Dr Mahathir sedang duduk di kerusi dengan hanya berkaki ayam, dengan seliparnya diletak di sisi ketika berada di dalam sebuah majlis makan malam, mula tersebar menerusi laman sosial.

Gambar itu pada mulanya dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, @azranshah, yang jelas menunjukkan ia jenama Bata.

Bata, dalam reaksinya di Facebook rasminya turut menampilkan semula sandal berkenaan sambil memuat naik promosi kepada orang ramai.

“Ramadan 2018, aksesori ‘panas’ yang dipakai oleh Tun M, boleh didapati di Kedai Bata terdekat atau pembelian secara dalam talian.”

Dalam ruangan komen di akaun Facebook itu, ada netizen bertanyakan kesahihan sandal yang dipakai oleh Dr Mahathir dan Bata mengesahkannya.

“Ya, ini adalah selipar keluaran Bata yang sudah berada di pasaran lebih 20 tahun. Hari ini, pengguna laman sosial telah berkongsi gambar Tun (Dr Mahathir) memakainya. Bata yakin ini adalah selipar itu,” jelas Bata.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), minggu lalu.

Sumber sinarvirall

Sumber roses media daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*